Artritis Psoriatik ? Lebih Daripada Bahagian Luaran
Psoriasis adalah masalah kulit di mana bahagian kulit menjadi radang dan dilitupi sisik berwarna perak atau kelabu pada siku, lutut dan kulit kepala. Ia selalunya bermula pada lewat umur remaja dan juga boleh menyebabkan kuku tangan dan kaki mula berlubang kecil dan mula tertanggal.
Kadang kala masalahnya melampaui bahagian permukaan dan sendi pesakit mula bengkak, sakit dan tegang. Dikenali sebagai Artritis Psoriatik, keadaan ini mempengaruhi satu dalam sepuluh orang manusia. Biasanya psoriasis akan muncul dahulu tetapi dalam peratusan kecil manusia (lebih kurang 15%), artritis mungkin muncul dahulu. Lebih kurang 30% daripada manusia yang mengidap psoriasis akan bertukar menjadi artritis psoriatik pada satu masa di dalam hidup mereka.
Apakah artritis psoriatik?
Artritis psoriatik adalah satu keadaan yang menyebabkan ruam kulit dan radang sendi. Ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur terutama sekali di antara umur 20 ke 50 tahun dan ia mempengaruhi lelaki dan wanita daripada semua bangsa.
Artritis psoriatik bukan sahaja menyebabkan sendi menjadi bengkak tetapi juga otot, kulit, tendon dan ligamen. Anda juga mungkin boleh mendapat tompok bersisik berwarna perak atau kelabu pada kulit kepala, siku, lutut atau bahagian belakang bawah. Jari tangan dan kaki mungkin menjadi merah dan bengkak dan berupa seperti sosej. Kuku anda pula mungkin ada lubang kecil di dalamnya (dikenali sebagai pitting) atau mungkin tertanggal daripada kulit. Kadang kala ia juga mungkin akan mempengaruhi tulang belakang dan menyebabkan kekejangan bahagian belakang atau leher yang menyakitkan.
Tiada siapa yang tahu dengan pasti apakah yang menyebabkan artritis psoriatik tetapi faktor keturunan memainkan peranan yang besar. Kanak-kanak yang ibu bapanya mengidap psoriasis adalah tiga kali lebih besar berkemungkinan untuk mengidapnya. Kemungkinan lain penyebab artritis psoriasis ialah pendedahan kepada jangkitan atau perubahan di dalam persekitaran.
Kaedah pengurusan
Seperti artritis yang lain, artritis psoriasis juga tiada penawar. Dengan kombinasi pertukaran cara hidup dan rawatan pengubatan yang baik, kebanyakan pesakit boleh mengawal penyakit mereka dengan baik. Ini termasuk:
Penjagaan kulit
Pesakit artritis psoriatik menjaga kulit mereka dengan baik. Gunakan alat pelembap udara dan sapu pelembap/krim dengan kerap untuk melembapkan kulit. Minyak mineral ringan, jeli petroleum, losen mentega koko, minyak bayi dan krim lanolin juga adalah sesuai. Doktor anda juga mungkin akan memberikan krim kortikosteroid.
Rawatan ringan (UVB or PUVA)
Terapi PUVA (psoralen dan lampu ultra lembayung berjalur panjang A) berkesan untuk merawat psoriasis. Terapi ringan ini adalah kombinasi psoralen ubatan preskripsi, diambil sama ada dalam bentuk tablet atau di campur ke dalam air mandi, ditambah dengan pendedahan kepada sinaran ultra lembayung jenis A. Terapi ringan hanya patut dicuba jika doktor anda mencadangkannya. Anda mungkin memerlukan 20-30 rawatan dalam beberapa minggu di bawah pengawasan perubatan. Berjemur di bawah sinaran matahari juga amat berfaedah kerana ia melambatkan pertumbuhan sel tetapi anda perlu berhati-hati agar tidak mendapat selaran matahari.
Senaman
Jika anda tidak menggunakan sendi yang dijangkiti, ini akan menyebabkan otot di sekelilingnya menjadi lemah dan akibatnya anda merasa sakit. Jika dibiarkan tidak dirawat, sendi akan menjadi kejang dan lebih bengkak. Senaman membantu mengurangkan kekejangan, mengekalkan mobiliti sendi dan menguatkan otot anda. Mengekalkan berat badan yang sihat juga akan mengurangkan bebanan ke atas sendi anda.
Bagaimanapun senaman yang berlebihan atau senaman yang salah juga boleh menyebabkan artritis psoriatik menjadi lebih teruk. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum memulakan program senaman.
Rehat
Membangunkan kemahiran beristirahat rehat yang bagus boleh memberikan anda perasaan yang lebih baik tentang pengawalan ke atas artritis anda dan rupa luaran yang lebih positif. Elakkan daripada mengangkat objek berat yang menarik bahu anda ke bawah atau membebankan jari anda. Jika sendi tangan anda dijangkiti, pakailah penganduh pada waktu malam atau penganduh untuk bekerja pada waktu siang. Amalkan senaman pernafasan yang dalam, dengar muzik atau kaset istirahat, bertafakur atau bersembahyang atau bayangkan anda sedang melakukan aktiviti yang menyenangkan seperti berbaring di tepi pantai.
Panas/Sejuk
Aplikasi sejuk atau panas boleh memberikan kelegaan kesakitan sementara. Haba menolong mengurangkan kesakitan dan kekejangan dengan merehatkan otot yang sakit dan meningkat peredaran darah ke tempat berkenaan. Namun begitu, ada pendapat yang mengatakan ia mungkin akan mengakibatkan keadaan yang lebih teruk kepada sendi yang radang. Keadaan dingin seperti meletakkan ais atau pek sejuk membantu mengebaskan tempat berkenaan dan mengurangkan radang dengan mencerut pembuluh darah dan menyekat denyutan saraf di dalam sendi.
Perubatan
Perubatan untuk artritis psoriatik termasuk:
? Ubat anti radang bukan steroid (NSAID) membantu mengurangkan kesakitan, bengkak sendi dan kekejangan. Ambillah NSAID anda selepas makan atau dengan minuman bersusu untuk mengelakkan ketidakhadaman atau masalah perut seperti pedih hulu hati, ulser dan pendarahan. NSAID seperti ubat aspirin dan ibuprofen (Brufen, Nurofen) boleh dibeli tanpa preskripsi. NSAID lain patut diambil selepas rundingan dengan doktor. Perencat COX-2 juga tersedia dan ia boleh melegakan kesakitan tanpa sebahagian daripada masalah perut tetapi mungkin ada kesan sampingan lain. Sebelum mengambil ubat-ubatan ini sila berbincang tentang keadaan anda dengan doktor.
Ubat Anti-Penyakit Sendi Pengubahsuaian Penyakit (DMARD) menumpu proses yang menyebabkan radang tetapi tidak menterbalikkan kerosakan sendi yang telah berlaku. Ubat ini mengurangkan proses radang, bengkak dan sekali gus mengekalkan fungsi sendi. Ia boleh mengambil masa di antara satu ke enam bulan untuk berfungsi. Ubat yang biasa ialah methotrexate, sulfasalazine, hydroxychloroquinine dan azatioprina. Yang terbaru, leflunomide and penyekat alfa-TNF seperti infliximab dan etanercept telah didapati berkesan di dalam merawat psoriasis dan artritis psoriasis. DMARD biasanya diberi sebagai tambahan untuk ubatan lain seperti NSAID.
Untuk radang dan kesakitan yang amat sangat, doktor boleh menyuntik kortikosteroid terus ke dalam sendi yang terkena jangkitan. Kortison ialah steroid yang mengurangkan radang dan bengkak. Ia adalah hormon yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan. Kortikosteroid ialah ubat ciptaan manusia yang menyerupai kortison. Suntikan boleh memberikan kelegaan serta-merta untuk sendi yang lemah, bengkak dan radang. Bagaimanapun rawatan ini tidak patut dilakukan berulang kali.
Pembedahan
Sesetengah pesakit yang mengidap artritis teruk dan di peringkat lanjut mungkin memerlukan pembedahan. Faedahnya termasuk sakit yang berkurangan, fungsi dan pergerakan sendi yang lebih baik. Pembedahan penggantian sendi dilakukan untuk menggantikan sendi yang rosak akibat artritis dengan sendi palsu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar